Thursday, December 25, 2008

Khairuddin pula dapat menantu





Setelah menghadiri kenduri perkahwinan Aziz menyambut menantu pada bulan November yang baru lalu, pada hari Khamis, 25 Disember tibalah pula giliran saya hadir pada majlis kenduri Khairuddin menyambut menantu beliau pula.

Kenduri ini diadakan di tempat yang sama, iaitu di Dewan Dato Othman Harun di Kem Wadieburn. Antara rakan-rakan yang saya temui di majlis itu ialah Wan Othman, Jamil Osman dan Ahmad Kamarul. Saya ternampak Hamizan juga - Tahniah di atas kenaikan pangkat yang terbaru, tuan!

Dalam pada kegembiraan saya melihat seorang lagi teman OP75 meraikan majlis menyambut menantu, saya tertinggal kamera di dalam kereta.

Akibatnya, saya hanya berpeluang mengambil gambar dari dalam kereta semasa saya keluar dari tempat letak kereta selepas menikmati jamuan lazat di kenduri yang meriah itu.

Walau apa pun, tahniah dan syabas kepada Khairuddin!

Monday, December 8, 2008

Mahmood berhari raya Aidil Adha di Padang Pasir



Antara kisah menarik yang dilalui oleh rakan-rakan OP75, saya suka melihat gambar Mahmood bersolat sunat Aidil Adha di tengah padang pasir Yemen.

Dua perkara yang menarik ialah cuaca padang pasir yang sejuk sehingga Mood perlu memakai dua helai baju, jubah, dan dua helai jeket! Suhu hanya 8 darjah Celcius! Perkara kedua yang menarik ialah mereka bersolat di tengah-tengah padang pasir. Sejuk di tengah padang pasir!

Gambar di atas menunjukkan para jemaah yang turut disertai oleh Mood untuk bersolat sunat hari raya Aidil Adha.

Friday, November 21, 2008

Aziz mendapat menantu




Walau pun saya tidak berpeluang untuk mengambil gambar pengantin, tetapi gambar yang dua keping sudah cukup untuk meraikan salah seorang ahli OP75 yang paling aktif yang menyambut menanti hari ini.

Kenduri yang diadakan di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wadieburn, Kuala Lumpur cukup meriah dengan "dua jenis hidangan." Dua jenis bukan kerana apa, tetapi hidangan pertama masi minyak dalam dewan, dan selepas itu jemputan boleh duduk di khemah di luar dewan sambil menikmati air batu campur, cendul, bubur kacang, tapai, kuih bakar dan baulu.

Di khemah luar dewan boleh dijadikan lokasi TTS bagi OP75.

Tahniah dan syabas, Aziz. Bulan hadapan giliran Khairuddin pula menyambut menanti di dewan yang sama.

Monday, November 17, 2008

Tahniah untuk rakan OP75



Semenjak blog OP75 ini dibina pada 13 November 2008, salah seorang daripada rakan OP75 kami menerima kenaikan pangkat.

Jadi pihak blog OP75, tahniah dan syabas diucapkan kepada Tuan Mohd Nor Azam bin Ariffin di atas penghargaan yang beliau terima.

Sesungguhnya penghargaan untuk Tuan Mohd Nor Azam akan turut mengharumkan lagi nama RMC dan OP75. Semoga beliau gembira dan terus bersemangat untuk menjalankan tugas untuk agama, bangsa dan negara.

Menjadi tradisi OP75, suatu TTS akan diadakan bagi meraikan ahli-ahli OP75.

Jumpa di sana!

Friday, November 14, 2008

Kawan kami dari Air Pa'bas, Melaka



Dalam gambar ini ialah Tuan Haji Mood dan Rosli Md Tan.

Rosli adalah di antara kawan kami yang paling ingati. Beliau pernah belajar di Grimsby, United Kingdom. Sekembalinya beliau dari sana, beliau bertugas dalam industri telekomunikasi.

Saya percaya cabaran hidup yang beliau harungi lebih besar daripada yang pernah dilalui oleh mana-mana ahli OP75 kami. Namun berkat kesabaran dan bantuan dari kawan-kawan yang prihatin, beliau berjaya melepasi ujian-ujian yang getir.

Sesungguhnya Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar.

TTS Empat Sekawan



Dari kanan: Tuan Haji Mahmood (ketika balik bercuti dari bertugas di Vietnam/Sudan), Yazid (beliau datang all the way dari Jasin, Melaka), saya dan Saudara Alimin (saya beri istilah saudara kerana status beliau yang masih 'kosong').

Eh! Tak kan TTS empat orang saja?

Oh, bukan empat orang. Yang lain akan datang lagi.

Topik yang OP75 bincangkan ketika TTS




Gambar ini diambil ketika kami ber-TTS di Jalan Doraisamy.

Seperti biasa pada sesi TTS, banyak perkara yang kami bincangkan, dari masalah negara hinggalah kepada masalah peribadi.

Dari masalah peribadi sehinggalah masalah negara lain.

Kali ini topik hangat perbincangan ialah mengenai binatang ini.

Travelog Yemen OP75







Beberapa gambar yang dikirimkan oleh Mahmood hari ini.

Ulasan beliau:
1. Kenderaan bertembung di tengah padang pasir.
2. Training untuk pekerja YLNG project.
3. Ketika membuat pemeriksaan Rig YD5 di tengah padang pasir.

Beliau akan mengirimkan lebih banyak lagi gambar beliau semasa bertugas di Vietnam dan Sudan.

Guru Matematik Tambahan Kami



Inilah sekumpulan daripada kami OP75 bergambar dengan salah seorang guru yang mengajar kami.

Nama beliau ialah Encik Loh Meng Tiang. Saya percaya semua ahli OP75 sependapat bahawa beliau adalah di antara guru yang paling digeruni oleh kebanyakan kami pada waktu itu. Beliau sering dianggap guru yang 'sickening' ertinya yang membuat kami seolah-olah merasa mual kerana takut!

Bukan apa, tetapi oleh kerana beliau adalah antara tenaga pengajar Boys Wing, RMC yang paling komited dengan tugas beliau.

Antara senario yang sering dilihat pada ketika kami di tingkatan empat dan lima ialah seprti berikut. Jika ada di antara kami yang terlupa sifir, misalnya, beliau akan menunjukkan muka yang serius dan cengil dan berkata dengan nada tegas, "You forgot your multiplication table? Take ten!"

Saya pun kerap dihukum oleh beliau.

Akan tetapi hampir 100% pelajar seangkatan kami (OP75) yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.

Terima kasih, tuan. Tuan sentiasa kami kenang dan hormati.

"Thank you, Mr Loh Meng Tiang. Sir! Do you still want me to do that ten push-ups, sir? OK, sir!"

Thursday, November 13, 2008

Tuan Haji Mood di Yaman



Ini dia rakan kami, Tuan Haji Mahmood Embong, rakan kami yang sering berkelana keluar negara demi menjalankan tugas beliau.

Beliau berasal dari Trengganu.

Banyak cerita yang beliau bawa sekembali beliau dari sesuatu tempat yang beliau kunjungi.

Kini beliau sedang berada di Yaman.

[Tuan Haji Mood, selamat bertugas dan semoga awak gembira membaca blog ini!]

TTS pertemuan berkala kami



Gambar ini diambil semasa salah satu perjumpaan kami OP'75 di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, iaitu salah satu venue perjumpaan kami.

Sering sahaja pada setiap sesi TTS, kami akan bercerita kisah nostalgia semasa di RMC dahulu. Malah ada cerita yang sering diulang-ulang, tetapi setiap kali diceritakan kami tetap tertawa kerana seronok mengenang peristiwa itu.

Antara cerita yang sering diulang-ulang ialah kisah seorang rakan yang terjatuh keluar dari dalam kelas akibat tertidur semasa guru mengajar. Apabila beliau hendak masuk semula ke dalam bilik darjah, beliau meminta kebenaran guru. Dia kata,"Permission to come in, sir!" dan guru terkejut kerana seingat beliau rakan kami itu sentiasa berada di dalam kelas dan tidak keluar.

Antara penggerak utama sesi TTS ini ialah Abdul Aziz dan Tuan Haji Mahmood dari E-Company.

RSM yang kami sanjungi



Ini dia salah seorang jurulatih kami semasa di RMC dahulu.

Kami lebih mengenali beliau sebagai "RSM Mat Joe" dan dia ini orang utara.

Semasa di RMC dahulu kami sering diteriak oleh beliau. Antara rakan-rakan yang dia sering sebut ialah Ali dan Lee Chee Keong. Pada waktu itu teriakan RSM Mat Joe sering membuat kami gelabah dan confused.

Akan tetapi setelah kami semua bekerja dan berkeluarga, beliau menjadi antara orang yang kami hormati sebagai salah seorang yang bertaraf guru kepada kami.

Dukacita dimaklumkan beliau sudah kembali mengadap Maha Pencipta pada 21 September 2008 yang baru lalu. Semoga Allah limpahi beliau dengan rahmatNya. Al-Fatihah.

Nostalgia (2)



Satu lagi gambar yang mengembalikan kenangan nostalgia semasa kami masih di tingkatan empat atau pun istilah yang sering digunakan ialah New Boy.

Gambar ini diambil selepas acara larian road run, iaitu acara yang selalu dijalankan setiap petang.

Selain berlari kami juga dikenakan acara push-up (pumping), sering juga ditambah dengan clapping atau yang paling 'seronok' ialah knuckle-clapping yang menguatkan lagi penumbuk apabila meneyrtai acara tinju.

Oleh kerana kerap berlatih kami menjadi sihat dan cergas.

Nostalgia (1)



Semasa merayau di blog teman OP'75, Rahman Bistaman, saya terjumpa gambar ini.

Ketika ini kami sedang berkhemah di Kuantan. Acara Annual Camping merupakan aktiviti tahunan yang disertai oleh para pelajar tingkatan empat dan enam rendah Cawangan Putera Maktab Tentera DiRaja (MTD).

Selain berkhemah, kami diberi latihan tentera seperti berkawad, larian lasak bersenjata, menembak dan latihan perang.

Berhampiran dengan tempat kami berlatih terdapat satu anak sungai dan air terjun (Sungai Lembing kalau tidak silap ingatan saya), maka para jurulatih telah bermurah hati membenarkan kami mandi manda untuk menyejukkan fizikal dan menenangkan minda yang penat menjalani latihan ala-tentera itu.

Gambar di atas saya telah salin dengan ehsan teman OP'75 DI SINI.

Selamat datang ke blog OP75