Thursday, December 25, 2008

Khairuddin pula dapat menantu





Setelah menghadiri kenduri perkahwinan Aziz menyambut menantu pada bulan November yang baru lalu, pada hari Khamis, 25 Disember tibalah pula giliran saya hadir pada majlis kenduri Khairuddin menyambut menantu beliau pula.

Kenduri ini diadakan di tempat yang sama, iaitu di Dewan Dato Othman Harun di Kem Wadieburn. Antara rakan-rakan yang saya temui di majlis itu ialah Wan Othman, Jamil Osman dan Ahmad Kamarul. Saya ternampak Hamizan juga - Tahniah di atas kenaikan pangkat yang terbaru, tuan!

Dalam pada kegembiraan saya melihat seorang lagi teman OP75 meraikan majlis menyambut menantu, saya tertinggal kamera di dalam kereta.

Akibatnya, saya hanya berpeluang mengambil gambar dari dalam kereta semasa saya keluar dari tempat letak kereta selepas menikmati jamuan lazat di kenduri yang meriah itu.

Walau apa pun, tahniah dan syabas kepada Khairuddin!

Monday, December 8, 2008

Mahmood berhari raya Aidil Adha di Padang Pasir



Antara kisah menarik yang dilalui oleh rakan-rakan OP75, saya suka melihat gambar Mahmood bersolat sunat Aidil Adha di tengah padang pasir Yemen.

Dua perkara yang menarik ialah cuaca padang pasir yang sejuk sehingga Mood perlu memakai dua helai baju, jubah, dan dua helai jeket! Suhu hanya 8 darjah Celcius! Perkara kedua yang menarik ialah mereka bersolat di tengah-tengah padang pasir. Sejuk di tengah padang pasir!

Gambar di atas menunjukkan para jemaah yang turut disertai oleh Mood untuk bersolat sunat hari raya Aidil Adha.