Thursday, August 6, 2009

Mood mendapat menantu




Walau pun saya tidak berkesempatan untuk hadir di kenduri sempena perkahwinan anak Mood, di sini saya upload dua gambar dari majlis tersebut.

Tahniah, Mood! Kini, kita serupa: menanti anugerah "Datuk"... !!!

Saturday, June 13, 2009

Kenduri perkahwinan anak Haji Razak pula!

Sudah sebegitu lama blog ini tidak dikemaskini. Maklumlah saya pun sudah lama tidak bertemu teman-teman OP75.

Walau bagaimana pun, hari ini agak istimewa, kerana saya berpeluang hadir di majlis kenduri walimah anak Haji Razak.

Selamat menyambut menantu, Haji Razak.


YB Teresa Kok ialah antara tetamu jemputan yang hadir meraikan hari yang istimewa ini. Rumah Haji Razak ini terletak di Taman Mawar, salah sebuah taman di kawasan DUN Kinrara yang diwakili oleh YB Teresa. Selamat datang, YB. Ada PRK di Selangor selepas Manik Urai, YB?


Mempelai yang diraikan.


Pertemuan beberapa orang OP75... (Giliran siapa pula untuk sambut menantu akan datang nanti?)

Monday, March 9, 2009

Dewan Dato Othman Harun lagi




Setakat ini sudah tiga kali saya menghadirkan diri di Dewan Dato Othman Harun, Kem Wadiedurn.

Kalau dulu majlis meraikan majlis perkahwinan anak-anak Aziz dan Kharuddin, maka kali ini giliran Nasser pula.

Tahniah Nasser dan pasangan pengantin!

Selepas ini giliran siapa pula yang akan sambut menantu?