Friday, November 14, 2008

Guru Matematik Tambahan Kami



Inilah sekumpulan daripada kami OP75 bergambar dengan salah seorang guru yang mengajar kami.

Nama beliau ialah Encik Loh Meng Tiang. Saya percaya semua ahli OP75 sependapat bahawa beliau adalah di antara guru yang paling digeruni oleh kebanyakan kami pada waktu itu. Beliau sering dianggap guru yang 'sickening' ertinya yang membuat kami seolah-olah merasa mual kerana takut!

Bukan apa, tetapi oleh kerana beliau adalah antara tenaga pengajar Boys Wing, RMC yang paling komited dengan tugas beliau.

Antara senario yang sering dilihat pada ketika kami di tingkatan empat dan lima ialah seprti berikut. Jika ada di antara kami yang terlupa sifir, misalnya, beliau akan menunjukkan muka yang serius dan cengil dan berkata dengan nada tegas, "You forgot your multiplication table? Take ten!"

Saya pun kerap dihukum oleh beliau.

Akan tetapi hampir 100% pelajar seangkatan kami (OP75) yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Matematik Tambahan.

Terima kasih, tuan. Tuan sentiasa kami kenang dan hormati.

"Thank you, Mr Loh Meng Tiang. Sir! Do you still want me to do that ten push-ups, sir? OK, sir!"

No comments: