Thursday, November 13, 2008

TTS pertemuan berkala kami



Gambar ini diambil semasa salah satu perjumpaan kami OP'75 di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur, iaitu salah satu venue perjumpaan kami.

Sering sahaja pada setiap sesi TTS, kami akan bercerita kisah nostalgia semasa di RMC dahulu. Malah ada cerita yang sering diulang-ulang, tetapi setiap kali diceritakan kami tetap tertawa kerana seronok mengenang peristiwa itu.

Antara cerita yang sering diulang-ulang ialah kisah seorang rakan yang terjatuh keluar dari dalam kelas akibat tertidur semasa guru mengajar. Apabila beliau hendak masuk semula ke dalam bilik darjah, beliau meminta kebenaran guru. Dia kata,"Permission to come in, sir!" dan guru terkejut kerana seingat beliau rakan kami itu sentiasa berada di dalam kelas dan tidak keluar.

Antara penggerak utama sesi TTS ini ialah Abdul Aziz dan Tuan Haji Mahmood dari E-Company.

1 comment:

Anonymous said...

Penggerak utama ialah Ajit@DASeoul, juga Admiral Jamil, aku ni cuma tukang pukol gambar je time aku attend. Maybe next TTS during Christmas, time tu aku RnR.

mood@maarib
yemen