Thursday, November 13, 2008

Nostalgia (1)



Semasa merayau di blog teman OP'75, Rahman Bistaman, saya terjumpa gambar ini.

Ketika ini kami sedang berkhemah di Kuantan. Acara Annual Camping merupakan aktiviti tahunan yang disertai oleh para pelajar tingkatan empat dan enam rendah Cawangan Putera Maktab Tentera DiRaja (MTD).

Selain berkhemah, kami diberi latihan tentera seperti berkawad, larian lasak bersenjata, menembak dan latihan perang.

Berhampiran dengan tempat kami berlatih terdapat satu anak sungai dan air terjun (Sungai Lembing kalau tidak silap ingatan saya), maka para jurulatih telah bermurah hati membenarkan kami mandi manda untuk menyejukkan fizikal dan menenangkan minda yang penat menjalani latihan ala-tentera itu.

Gambar di atas saya telah salin dengan ehsan teman OP'75 DI SINI.

3 comments:

Anonymous said...

Mrae,

Tempat tu kat Pancing, bukan Sg. Lembing. Kalu mu lalu ikut LPT east coast hiway nampak signboard FELD Pancing, ye le tu.

mood@maarib
yemen

Imran Yusuf said...

Pancing ye, Mood.

Aa, ye,..meman nampak papan tanda 'Pancing' dari tepi lebuhraya tu... :)

Anonymous said...

Dulu Pancing tu hutan belanatar ... sekarang ni LPT dah merentangi nya.....